Sehubungan itu, masih banyak masyarakat Islam yang sebenarnya tidak
mengetahui peristiwa di balik kelahiran nabi Muhammad S.A. W. Kami terpanggil
untuk menyingkap kembali peristiwa di balik kelahiran baginda Junjungan Besar
nabi Muhammad s.a.w. Namun maksud pengisahan kembali ini bukan ingin mebuat
umat Islam berpaling dan mengkultuskan nabi Muhammad setara Allah, justru kisah
ini bertujuan untuk memberikan pencerahan atas kebesaran Allah SWT saat
kelahiran nabi besa Muhammad SAW.
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
Aminah ketika itu ia seperti mendapat isyarat bahawa anaknya akan mempunyai
derajat yang lebih tinggi daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang
seorang nabi pada akhir zaman, dan ia memiliki kekuasaan yang lebih besar dan
membawa ajaran yang telah disempurnakan. Semasa baginda dilahirkan, Bunda Siti
Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh jabang bayi. Cahaya
tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah
seperti anak panah yang melesat bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota
tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahwa cahaya itu datang dan
menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang
paling awal yang menyatakan bahwa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah
ketika nabi Muhammad dilahirkan.
Aminah sendiri melihat bai Muhammad dalam keadaan terbaring dengan dua
tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian
Aminah juga melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar
sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka
tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat
menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil
meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada
semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam kelahiran bayi Muhammad, berhala-berhala yang
terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah,
tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku
mendengar suara dari dinding Kaabah berkata” telah lahir nabi pilihan yang akan
membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan
memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”
Selain itu di tempat yang lain pula terjadi gempa di mahligai Kisra dan
menyebabkan mahligai tersebut retak, mengakibatkan empat belas tiang serinya
runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan
tersebut. Kejadian luar biasa lainnya, api di negara Parsi yang tidak pernah
padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut
merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan, salah
satu agama yang dibawa oleh Zoroaster, yang diselewengkan umatnya menjadi agama
penyembah api. Peristiwa itu tentu saja mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi Muhammad, Tasik Sava yang
dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang
menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara
ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh
oleh ibu susunya yaitu Halimatus Sa’diah, ladang-ladang Halimah kembali
menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternak seperti
kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu
walaupun oleh seekor lalat sekalipun termasuk juga pakaian nabi. Halimah dan
suaminya juga beberapa kali melihat kelompok awan kecil di atas kepala
melindungi nabi daripada panas matahari.
peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil,
yang datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan
menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke
tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan mundur dengan sendirinya atas
izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan
menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini
amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Ketika berusia empat tahun, ketika nabi sedang bermain-main dengan saudara
susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati nabi yaitu malaikat Jibril dan
Mikail. Lalu membelah dada nabi dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci
gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahwa gumpalan darah itu
dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan kembali di
tempatnya pada tubuh nabi. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat
1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini karana nabi adalah khatamun nubuwwah,
penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan nabi di sisi Allah, sekaligus sebagai bukti kerasulannya.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan nabi di sisi Allah, sekaligus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab
terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar